Sunday 8 February 2015

The Doctor and The Engineer









As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantissi



Nama sebenar beliau ialah Abdul Aziz Ali Abdul Majid Ar-Rantissi.Dilahirkan pada 23 Oktober 1947 di sebuah kampung bernama Binaa yang terletak antara Asqalan dan Jaffa.Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang kuat beragama.Keluarganya dipaksa berhijrah ke Gaza selepas peperangan 1948 dan menetap di khemah pelarian Khan Yunus bersama puluhan ribu pelarian yang lain.Pada masa itu umurnya baru berusia enam bulan.Di perkhemahan itu,beliau membesar bersama 11 orang adik-beradik yang lain,iaitu sembilan lelaki dan dua perempuan.

Beliau memiliki otak yang pintar dan cemerlang dalam pelajaran.Semasa baru berusia enam tahun,beliau sudah memulakan persekolahannya di sebuah sekolah di kawasan perkhemahan itu.Pada usia sebegitu muda,beliau terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarganya yang besar dan miskin.Mereka hidup di kawasan perkhemahan yang serba daif.

Pada tahun 1965,beliau menamatkan pendidikan menengah dan melanjutkan pelajaran ke Fakulti Perubatan di Universiti Iskandariah,Mesir.Di fakulti itu,beliau lulus dengan cemerlang dan menamatkannya pada tahun 1972.Pada tahun 1976,beliau mengakhiri pelajarannya di peringkat sarjana dalam pengkhususan Pediatrik atau Perubatan Kanak-kanak.Beliau memulakan kerjanya sebagai doktor perubatan di Hospital Nasir,iaitu pusat perubatan utama di kawasan Khan Yunus.

Beliau merupakan bapa kepada enam orang anak,iaitu dua lelaki dan empat perempuan dan mempunyai 10 orang cucu.Beliau mula aktif dengan gerakan dan aktiviti-aktiviti Islam semenjak beliau menuntut di Universiti Iskandariah lagi.Maka tidak hairanlah sekiranya beliau aktif dengan kerja-kerja amal,kebajikan, dan dakwah seawal beliau memulakan perkhidmatan di Khan Yunus.

Antara penglibatan awal beliau ialah sebagai jawatankuasa di peringkat pusat Majma Islami,iaitu sebuah pertubuhan Islam di Gaza,pimpinan Persatuan Doktor-Doktor Arab cawangan Gaza dan juga antara pihak pengurusan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin.Beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang Perubatan Kanak-kanak dan Biologi di Universiti Islam Gaza bermula pada tahun 1978.

Pada tahun 1983,beliau dipenjarakan buat kali pertama kerana enggan membayar cukai kepada kerajaan Zionis Israel.Pada 5 Januari 1988,beliau dipenjarakan buat kali kedua selama 21 hari atas kesalahan yang sama.Keengganan beliau membayar cukai itu kerana beliau enggan mengiktiraf penjajahan Israel ke atas bumi tercinta Palestin.Ketegasan beliau ini adalah bibit-bibit yang membawa kepada pembentukan keperibadiannya sebagai pemimpin gerakan Islam yang berjaya menggoncang Israel pada masa akan datang.

Bersama rakan-rakan seperjuangan yang membawa aspirasi perjuangan Ikhwan Al-Muslimin,beliau mengasaskan gerakan HAMAS pada tahun 1987.Ini bagi memulakan kembali penentangan bersenjata ke atas Israel yang sudah lama ditinggalkan oleh orang Arab dan kaum Muslimin.Gerakan ini berjaya mencetuskan gerak kerja baru dalam cara penentangan ke atas rejim Zionis.Gelombang Intifadhah yang diilhamkan oleh gerakan HAMAS membawa anak-anak muda Palestin supaya keluar ke jalan-jalan raya bagi bersemuka dengan pihak tentera Zionis.

Pembunuhan tentera Israel dan juga kemusnahan yang kecil berjaya dilakukan oleh HAMAS.Operasi-operasi ketenteraan ke atas konvoi tentera Israel juga menggegarkan keutuhan tentera rejim Zionis buat pertama kali selepas mereka berupaya berehat bertahun-tahun selepas kerajaan-kerajaan Arab mula meletakkan senjata.

Buat kali ketiganya beliau dipenjarakan pada 4 Februari 1988 kerana terlibat dengan HAMAS yang didakwa oleh Israel sebagai tindakan pemberontakan yang subversif.Selepas dua setengah tahun dipenjarakan,akhirnya beliau dibebaskan pada 4 September 1990.Sayangnya,tiga bulan selepas itu beliau dipenjarakan sekali lagi pada 4 Disember 1990 selama setahun.

Walau bagaimanapun,peluang beliau dipenjarakan buat kali keempat ini adalah tuah.Beliau ditempatkan dalam satu sel bersama Syeikh Ahmad Yassin,Bapa perjuangan HAMAS dan juga ikon perjuangan rakyat Palestin.Peluang itu diambil oleh beliau bagi menghafal Al-Quran.Semasa itu jugalah beliau membina replika Masjid Al-Aqsa menggunakan kotak-kotak terbuang yang masih dapat dilihat sehingga kini di meja rumah beliau di bandar Gaza.Di dalam penjara itu jugalah beliau banyak menghasilkan syair-syair perjuangan.Tidak hairanlah selain menjadi ahli politik dan pemimpin HAMAS,beliau juga dikenali sebagai penyair.

Selepas dibebaskan pada hujung 1991,beliau meneruskan aktiviti-aktiviti membebaskan bumi Palestin tanpa mengenal erti putus asa.Usaha rejim Zionis hendak melunturkan semangant dengan memenjarakan beliau tidak berhasil,malah beliau bertambah semangat dan gerakan HAMAS bertambah kuat.Rejim Israel yang mula buntu akhirnya menghalau keluar 400 para pejuang kemerdekaan Palestin yang terdiri daripada para pejuang HAMAS dan gerakan Jihad Islami pada 17 Disember 1992 ke Marja Zuhur di Selatan Lubnan.Pada masa itulah bintang beliau mula menyinar di peringkat antarabangsa apabila menjadi jurucakap para mub'adin atau orang yang diusir bagi berbicara dengan wartawan.Ini kerana kefasihannya dalam bahasa inggeris berbanding rakan-rakan yang lain.

Penonjolan ini mewujudkan hubungan baik antara beliau dengan para wartawan sehingga hari sebelum beliau mati syahid.Beliau sentiasa disenangi oleh wartawan dan pintu apartmennya sentiasa terbuka kepada wartawan dan jurnalis.Ini penting bagi HAMAS memandangkan beliau adalah pemimpin politik bagi gerakan itu manakala Syeikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin spiritual mereka.Sekembalinya dari Marja Zuhur ke Gaza,beliau dipenjarakan oleh rejim sehingga tahun 1997.Selepas keluar dari penjara,,dalam tempoh tidak sampai setahun,Pihak Berkuasa PA yang diketuai oleh Yasser Arafat memenjarakan Dr.Ar-Rantissi pada 10 April 1998.Selepas 15 bulan dipenjarakan,akhirnya beliau dibebaskan kerana kematian ibu beliau.Walau bagaimanapun selepas itu,beliau dipenjarakan semula sebanyak tiga kali oleh PA.Beliau dibebaskan buat kali terakhir atas dua sebab:

1.Kerana beliau melancarkan mogok lapar.
2.Selepas jet peluang Israel menyerang para tahanan di penjara milik PA.

Pembebasan kali terakhir itu mengakhiri tempoh 27 bulan beliau dipenjarakan oleh PA.

Pembebasan beliau bagai rahmat apabila Syeikh Ahmad Yassin sebelum itu juga sudah dibebaskan.Dengan gabungan dua ikon perjuangan Palestin ini,gerakan HAMAS bertambah mentap dan mendapat momentum perjuangan yang lebih kuat.Intifadhah gelombang kedua pada penghujung tahun 2000 sebagai bukti kekuatan HAMAS semakin bertambah.

Pada 10 Jun 2003,Israel melancarkan percubaan membunuh Dr.Ar-Rantissi dengan membedil dengan roket yang dilancarkan oleh helikopter Apache.Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr.Ar-Rantissi dan anak beliau yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri.Namun kereta yang mereka naiki hancur dimamah oleh letupan roket itu.Serangan itu dibalas oleh HAMAS dengan siri serangan-serangan yang menggegarkan hati setiap warga Zionis.

Semasa berada di atas katil hospital,beliau mengatakan:
"Hanya perjuangan bersenjata sahaja yang dapat memerdekakan bumi Palestin kita."
Selepas Syeikh Ahmad Yassin syahid pada 22 March 2004,beliau dilantik menjadi pemimpin HAMAS di wilayah Gaza dan berjanji akan membalas dendam di atas kematian Syeikh Ahmad Yassin.

Pada hari sabtu 17 April 2004,bersama dengan dua orang rakan,beliau kembali ke rahmatullah sebagai syahid menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin apabila kereta yang beliau naiki dibedil dengan roket dari helikopter Apache oleh pihak rejim Zionis di jalan Al-Jalla di wilayah Gaza.Rejim Israel menyifatkan Dr.Abdul Aziz Ar-Rantissi sebagai seorang pemimpin pengganas dan perlu dihapuskan bagi menjamin keselamatan rakyat Israel dan kedamaian di kawasan itu.Tidak hairanlah dua minggu sebelum peristiwa itu,empat buah helikopter Apache berlegar-legar di ruang udara Gaza bagi mencari Dr.Abdul Aziz Ar-Rantissi.




As-Syahid Yahya Ayyash 


Dilahirkan pada 3 Mac 1966 di Rafah,sebuah bandar Palestin.Semasa zaman kanak-kanaknya,Ayyash telah menerima anugerah daripada badan 'Islamic Trust' kerana kebolehannya menghafal Al-Quran.Beliau juga menampakkan bakat dalam kerja-kerja elektrik dan mekanikal seperti membaiki radio dan televisyen.Ayyash menamatkan persekolahannya di Rafah pada 1985 yang membolehkannya menyambung pelajaran ke Universiti Bir Zeit  pada tahun 1987.Seterusnya,beliau menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektirk pada tahun 1988.

Ayyash dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan berada.Beliau mempunyai dua orang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya.Salah seorang daripada anak beliau bernama Baraa.Walaupun berasal daripada keluarga yang kaya,namun orang mengenalinya sebagai seorang individu yang sederhana dan amat menyayangi keluarga,jiran tetangga dan tanahairnya.Beliau juga mempunyai peribadi rendah diri dan bersedia memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Beliau adalah pahlawan dan wira bagi anak muda Palestin.Dalam usianya yang masih muda,beliau muncul sebagai pemimpin sayap komando HAMAS dan pakar bom yang dapat menghasilkan impak yang kuat daripada bahan-bahan kimia yang mudah diperoleh dan ubat-ubatan sahaja.Tidak hairan anak muda graduan fakulti Kejuruteraan Elektronik ini digelar sebagai The Engineer.Lebih menarik lagi,beliau melatih lebih 200 kader-kader HAMAS supaya menggunakan teknologi ciptaannya bagi menghasilkan bom yang kuat dengan bahan-bahan murah dan mudah didapati.Beliau tersenarai sebagai buruan utama pihak tentera rejim Zionis pada pertengahan 90-an.

Selain penghasilan teknologi baru,beliau juga mencipta kaedah serangan baru ke atas tentera-tentera Israel,iaitu menggunakan kereta yang penuh dengan bom yang dikawal dari jauh.Serangan pertama menggunakan kaedah itu menempa kejayaan pada tahun 1990 apabila satu letupan yang mengorbankan banyak nyawa tentera rejim Israel di bandar Ramaat If'aal.Tahun-tahun berikutnya menyaksikan rejim Israel kehilangan banyak nyawa rakyatnya oleh serangan seumpama itu.

Bagi mengelakkan diri beliau ditangkap oleh perisikan Israel,Yahya Ayyash pernah hidup menyamar sebagai rabbi ortodoks Hasedim,mazhab agama Yahudi selama dua tahun.Walau bagaimanapun,Allah lebih menyayangi beliau.Pada 5 Januari 1996,pihak tentera rejim Israel dengan bantuan ejen mereka daripada kalangan orang Palestin sendiri berjaya membunuh beliau dengan meletupkan telefon bimbitnya.Ia menghancurkan separuh daripada tengkorak kepala beliau.Telefon bimbit miliknya berjaya ditukarkan dengan telefon bimbit yang dilengkapi bom oleh seorang ahli keluarga rakan beliau yang menjadi agen Israel.Beliau syahid dalam umur yang belum mencecah 30 tahun.


Semoga Allah merahmati kedua-dua orang tokoh gerakan Islam HAMAS ini.Mereka telah membuktikan janji dan penyaksian mereka terhadap risalah baginda Nabi SAW dengan menjual jiwa dan harta mereka hanya untuk agama dan ummah kerana Allah.Jasa dan sumbangan mereka akan terpahat abadi dalam sejarah dan akan diulang-ulang dari generasi ke generasi sebagai pembangkit semangat dan motivasi untuk para pejuang ummat dari semasa ke semasa,termasuk juga kita pada hari ini.

Seorang doktor.Seorang engineer.Satu perkara yang menarik yang boleh diambil pelajaran daripada kedua-dua orang tokoh ini ialah,biarpun kita seorang pelajar yang tidak mengambil bidang syariah atau apa-apa yang berkaitan dengan agama,bahkan mengambil pula bidang pengajian akademik sains yang secara umumnya tidak menyentuh aspek keagamaan,ia tidak menjadi penghalang untuk kita menyumbang dan membangunkan ummah dan agama.Kerja-kerja kebajikan,dakwah dan tarbiyyah bukan hanya khusus untuk orang-orang agama,bahkan semua yang bergelar muslim wajib beramal dan menyumbang dalam bidang-bidang yang diceburi,sesuai dengan penjuru masing-masing.

Lihat sahaja kedua-dua tokoh ini,bagaimana seorang doktor mampu menjadi seorang aktivis yang bergerak aktif dalam usaha-usaha membantu rakyat Palestin dalam setiap gerak kerja,sehingga tidak terkira berapa puluh kali beliau dipenjarakan.Begitu juga seorang engineer yang menggunakan kepakaran beliau untuk mencipta bom-bom peledak dari bahan-bahan yang murah,tetapi mampu memberikan impak yang besar dan hasil yang berkualiti dalam memusnahkan musuh.

Hakikatnya setiap orang perlu dan mampu menyumbang untuk ummah melalui penjuru masing-masing.Yang menjadi persoalannya ialah,samada kita ingin memberikan jiwa,harta dan tenaga kita untuk pembangunan ummah atau imarah ini,atau kita sengaja mencari alasan mahu mengelak daripada terlibat dengan kerja-kerja imarah ini.Hanya tumpu kepada akademik dan ijazah,tetapi tidak bernilai di mata ummat mahupun masyarakat.

Semoga kita mendapat ibrah yang besar daripada kisah kedua-dua tokoh ini.Kita pohon agar Allah memberikan taufik kepada kita untuk melakukan kerja dakwah dan tarbiyyah,tanpa mengabaikan penglibatan akademik sebagai seorang pelajar.


Thursday 29 January 2015

Antara Keterlibatan Politik dan Parti



Seringkali apabila berbicara tentang politik,perkara yang pertama sekali terlintas di fikiran kebanyakan masyarakat kita hari ini ialah bendera parti,pilihanraya,demokrasi,aktiviti mengundi,kempen-kempen dan ceramah parti tertentu dan sewaktu dengannya.Dalam pemahaman konvensional mengenai keterlibatan politik ataupun penyertaan politik,perbincangan majoriti masyarakat kita hanyalah berkisar mengenai ruang rakyat untuk bersuara,mempengaruhi polisi pihak berkuasa,keterlibatan rakyat dalam memilih wakil mereka untuk memerintah negara dan juga kemampuan rakyat untuk melakukan akauntabiliti terhadap wakil-wakil yang telah mereka pilih.

Sebenarnya,pemahaman keterlibatan politik membawa maksud yang lebih luas.Keterlibatan politik tidak boleh disempitkan hanya pada aktiviti mengundi,berkempen dan menghadiri ceramah-ceramah politik sahaja.Keterlibatan politik mempunyai kerangkanya yang lebih menyeluruh lagi komprehensif.Di bawah kerangka tauhid,segala penyertaan politik untuk membangunkan masyarakat dan negara juga diiktiraf sebagai amal soleh.


Politik sebahagian dari hidup kita

Sebelum kita pergi lebih jauh,cuba kita tanya diri kita terlebih dahulu..

Apakah itu politik? Adakah pemahaman aku terhadap politik selama ini tepat? Perlukah aku ambil tahu dan terlibat dengan politik dalam kehidupan aku?

Politik secara literalnya bermaksud ilmu mengenai cara mengurus tadbir manusia,masyarakat dan negara.Seseorang yang terlibat dalam gerak kerja bermasyarakat,mengurus hal ehwal masyarakat tetangga,melakukan kerja-kerja kebajikan,melakukan amar maa'ruf nahi munkar,menyatukan masyarakat di sesebuah kawasan tidak mengira bangsa dan keturunan,bukankah itu termasuk dalam mengurus tadbir manusia dan masyarakat? Bukankah orang itu telah terlibat dalam gerak kerja politik?

Ya.

Seandainya kita seorang muslim,maka tidak mungkin untuk kita memisahkan kehidupan kita daripada keterlibatan politik.

Saya seringkali kedengaran sejak kebelakangan ini suara-suara sumbang yang menyatakan politik dan islam tidak boleh disatukan.Politik mesti dipisahkan daripada agama untuk menjaga agama itu sendiri.Saya tidak pelik dan hairan kerana suatu ketika dulu saya juga mempunyai ideologi dan fikrah sedemikian.Disebabkan apabila melihat ramai orang-orang yang berkepentingan di dalam parti-parti tertentu menggunakan nas-nas mahupun dalil-dalil agama untuk mempertahankan tindakan mereka,seolah-olah apabila mereke mula menggunakan dalil-dalil agama,mereka tidak boleh dikritik dan disangkal lagi!

Maka mulalah pihak di sebelah sini melontarkan hujah agama dan dalil-dalil untuk menjustifikasikan tindakan mereka.Tidak terhenti di situ,pihak di sebelah sana pula dengan ustaz dan ulama' mereka tersendiri pula ibarat telah bersiap sedia dengan senjata-senjata dalil dan nas bagi membantah tindakan pihak lawan mereka dan mematahkan hujah mereka.Agama menjadi murah dan rosak apabila pihak-pihak sebegini menggunakan ia sebagai senjata politik.

Lewat suasana sebegini,maka lahir anak-anak muda yang kecewa dengan dunia politik yang memperalatkan agama dan saling menjatuhkan antara satu sama lain.Maka mereka membuat konklusi,bahawa POLITIK DAN AGAMA TIDAK BOLEH DISATUKAN!


Tanggungjawab Seorang Muslim

Berbalik kepada hakikat penciptaan seorang insan,apakah tujuan kita diciptakan di muka bumi ini?
Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk beribadah kepada Allah (adz-Dzariyat:56) dan menjadi seorang khalifah untuk mentadbir muka bumi berlandaskan syariat.(al-Baqarah:30).

Dalam erti kata mudah,seorang insan diciptakan untuk IBADAH dan IMARAH,
Ibadah dalam erti kata kita perlu mengabdikan diri hanya kepada Allah
Imarah dalam erti kata kita perlu memakmurkan dan membangunkan dunia serta mengelakkan kemusnahan terhadapnya.Atas misi inilah,menurut Islam,para Nabi dan Rasul diutuskan kepada manusia agar sentiasa diperingatkan mengenai tugas mereka.

Seorang muslim secara semulajadinya merupakan seorang warga politik.Mereka dilahirkan untuk menjayakan misi keadilan,keamanan dan juga mengislahkan muka bumi ini.Tugas ini bukanlah satu pilihan,tetapi satu kewajipan demi menjayakan konserp 'Khalifah' melalui dua tugas utama,iaitu ibadah dan imarah.

Maka,dalam dalil-dalil ditekankan konsep penegakan keadilan,penentangan kezaliman dan penzalim,pengorbanan,keadilan ekonomi,memperjuangkan golongan yang ditindas,menegur dan meruntuhkan tirani,memberikan hak yang adil dan saksama,menyebarluaskan kebaikan,menghindari kejahatan dan kemusnahan dan pelbagai mekanisme yang membawa kepada maksud kesempurnaan hidup manusia.Ringkasnya,hubungan seorang individu Muslim dengan Tuhannya adalah bergantung kepada sejauhmana hubungannya dengan makhluk lain juga.

Politik dan keterlibatan politik merupakan satu kewajipan dalam kehidupan seorang muslim.Tidak ada istilah non-politik dalam kamus hidup seorang muslim.Sepertimana berbuat baik kepada ibu bapa itu wajib,membantu orang fakir itu wajib,menjaga hak jiran tetangga itu wajib,menjauhi riba itu wajib,keterlibatan politik juga merupakan satu kewajipan.Namun,perlu dibezakan antara keterlibatan politik dengan sikap partisan ataupun politik kepartian.





Politik Warga (Citizen Politics)

Sebagai rakyat biasa yang hidup bermasyarakat,ruang keterlibatan yang paling efektif dalam segenap ruang politik,ekonomi,kebajikan,penjagaan alam sekitar dan lain-lain tugas yang dahulu hanya dibebankan kepada kerajaan lebih sinonim dengan nama 'politik warga' (citizen politics).Melalui keterlibatan dalam ruang sivik seperti ini,seorang muslim berpeluang untuk meningkatkan amal soleh mereka melalui kerangka politik.

Melalui ruang politik warga,semua pihak dalam kerangka masyarakat sivil,mempunyai peranan yang perlu dimainkan demi membangunkan masyarakat,negara dan alam sekitar.Ruang media yang serba pesat,terutamanya media baru dan jaringan sosial,dari satu sudut yang lain pula,memudahkan lagi seorang muslim untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka melalui ruang keterlibatan politik.Kejumudan melihat amal soleh hanya pada aktiviti ritual,aktiviti di masjid,upacara-upacara keagaaman sahaja perlu diperbetulkan.

Aktiviti politik warga,seperti penglibatan rakyat dalam proses akauntabiliti juga merupakan amal soleh,malah mungkin lebih utama ganjarannya,kerana ia bukan untuk diri individu,malah untuk kesejahteraan manusia yang lebih ramai.Ringkasnya,keterlibatan politik warga juga merupakan amal soleh,sepertimana aktiviti masyarakat sivil yang juga amal soleh,malah usaha untuk memastikan good governance dalam negara juga merupakan amal soleh kerana ia bertujuan memastikan amanah yang diberikan rakyat dilaksanakan.

Mengenai keterlibatan seorang muslim dalam masyarakat,saya suka memetik satu hadis nabi:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Seorang mukmin yang bercampur bergaul dengan masyarakat dan sabar atas kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya,adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sedar atas kepedihan,kepayahan dan kejahatan masyarakatnya." (HR Bukhari,Tirmizi & Ahmad)

Ibrah daripada hadis ini,maka sebagai seorang muslim terutamanya orang muda,perlu mengambil bahagian dalam membangunkan masyarakat,apatah lagi umat di tengah-tengah arus dunia dan fitnah yang sangat deras dan melemaskan ini.Cakna tentang isu semasa,mengambil tahu tentang jiran tetangga sekalipun non-muslims,mengambil berat tentang hal ehwal masjid dan ahli qaryah dan menawar diri dalam menyumbang tenaga untuk gerak kerja kemasyarakatan merupakan antara contoh untuk anak-anak muda terlibat dalam aktiviti politik kemasyarakatan.Selain itu,tanggungjawab amar maa'ruf nahi munkar juga merupakan satu kewajipan yang penting untuk dilaksanakan,apatah lagi dengan keadaan umat dan masyarakat yang tenat dibuai arus dunia.Anak muda harus berfungsi dan turun padang!

Sebelum saya mengakhiri penulisan saya,suka untuk saya memetik mutiara kata-kata dari Imam Hasan Al Banna tentang politik dan juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Berkata Imam Al-Banna dalam Risalah (الاخوان تحت راية القرآن):

“Wahai Ikhwan Muslimun, bahkan wahai semua manusia! Kita bukanlah parti politik, sekalipun politik di atas kaedah Islam merupakan fikrah kita yang asli. Kita bukan pertubuhan kebajikan dan pembaharuan, sekalipun kerja kebajikan dan pembaharuan merupakan objektif terbesar kita. Kita bukan pasukan riadhah, sekalipun riadhah badan dan ruh merupakan sebahagian dari wasilah terpenting kita. Kita tidak sama seperti pertubuhan sedemikian kerana semua pertubuhan ini hanya untuk tujuan tertentu dan untuk tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir hanya di atas dasar mahu mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu meletakkan nama rasmi bagi pertubuhan tersebut.

Akan tetapi wahai manusia! Kami adalah fikrah dan aqidah, sistem dan manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan berhenti pada batas tertentu melainkan setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah s.w.t. kerana sistem ini adalah sistem Tuhan Rabbul Alamin dan manhaj ini adalah manhaj Rasul-Nya yang bersifat jujur lagi amanah”.

Justeru,politik adalah sebahagian daripada kehidupan kita.Tidak layak seseorang itu bergelar muslim andai kita dia tidak terlibat dalam aktiviti politik.Cuma seperti yang diperkatakan tadi,perlulah dibezakan antara keterlibatana politik dengan politik kepartian.
Apatah lagi sebagai seorang anak muda,perlulah cakna,turun padang dan berfungsi di dalam sebuah masyarakat.Begitu juga seseorang mahasiswa di mana-mana universiti yang tidak hanya pergi ke kelas,pergi ke kafe dan balik ke bilik membuat hal masing-masing,tanpa terlibat atau merancang apa-apa aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar di kampus.

Berhentilah dari menjadi robot
Mulalah menjadi pemuda yang berfungsi!

Islah,Tajdid,Taghyir!


*Tulisan ini saya banyak merujuk kepada karya Dr.Maszlee Malik berjudul 'Menuju Sejahtera Meraih Bahagia.'

Wednesday 21 January 2015

Kebebasan Bersuara,Charlie Habdo dan Kerangka Islam





Mutakhir ini,laungan suara-suara yang menuntut hak kebebasan bersuara dan hak asasi setiap individu semakin kuat kedengaran dan termuat di dada-dada akhbar,laman sosial dan penulisan.Suara-suara sumbang ini seringkali memberikan perlindungan atau 'back-up' kepada mana-mana pihak yang melakukan sesuatu jenayah dari segi percakapan,penulisan dan lukisan,dengan alasan mereka berhak atas HAK KEBEBASAN BERSUARA!

Benarkah sampai sedemikian rupa hak itu boleh digunakan? Atas alasan ini,kita dibenarkan menghina mana-mana pihak? Kita dibenarkan menipu,mengumpat,mengutuk,mengeluarkan kata-kata prejudis dan provokatif? Kita dibenarkan mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat? Masih layakkah perbuatan-perbuatan sedemikian dinamakan HAK? Atau lebih kepada EKSPLOITASI perkataan KEBEBASAN itu sendiri? Hakikatnya tiada lagi hak apabila seseorang menggunakan haknya untuk mencabul hak orang lain.Hakikatnya kalimah kebebasan itu dieksploitasi oleh ramai pihak untuk menyokong jenayah yang mereka lakukan dari sudut perkataan,lukisan dan penulisan.

Barat dan Hipokrasi

Melihat kepada isu Charlie Habdo,sebuah syarikat akhbar di Paris yang menghina baginda SAW dengan lukisan karikaturnya baru-baru ini,ia bukan lah suatu isu baru.Pada tahun 2005 yang lepas,syarikat akhbar yang berpusat di Denmark bernama Jyllands-Posten telah pun menimbulkan isu dengan lukisan karikatur yang menghina baginda SAW.Semuanya dipertahankan atas nama kebebasan bersuara.Mengaibkan agama lain,menghina agama lain adalah OK bagi mereka.

Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita,disebalik tamadun barat yang sarat dengan kemajuan dan pembangunan,mereka sebenarnya tidak mempunyai prinsip dan asas yang jelas untuk dipegang.Prinsip dan asas mereka telah 'corrupted' dan rosak.Hal inilah yang telah melahirkan banyak dikalangan pemimpin dan masyarakat barat yang hipokrit.Apabila sebahagian manusia mengutuk dan mengecam Yahudi,mereka berkata itu ialah racisme.Penghinaan itu bersifat 'anti-semitic'.Tidak pula mereka mengatakan,itu ialah kebebasan bersuara dan orang berhak bersuara untuk mengutuk sesiapa pun termasuk yahudi.Tidak pula begitu.

Apa yang lebih melucukan ialah,pasca kejadian bangunan syarikat Charlie Habdo diserang oleh sekelompok individu,Perdana Menteri negara haram Israel,Benjamin Netanyahu turun padang ke Paris dan pergi ke tempat kejadian bagi menunjukkan solidariti dan kebersamaan beliau bersama sebahagian masyarakat Paris yang mengutuk serangan tersebut.Walhal jutaan nyawa yang tidak bersalah di Gaza dan Tebing Barat dibunuh oleh beliau dan kuncu-kuncunya dengan alasan menentang keganasan.Lihatlah betapa hipokritnya mereka ini!

Ya,kita mengutuk dan mengecam sama sekali tindakan akhbar tersebut yang menghina junjungan besar baginda SAW.Namun,tindakan yang agresif dan bersifat emosional tidak akan membawa keadaan ke arah yang lebih baik.Membunuh dan mencederakan pihak-pihak yang terbabit dalam penerbitan lukisan karikatur tersebut bukanlah solusi yang terbaik buat masa ini.Andai mereka memperjuangkan kebebasan bersuara,maka selayaknya hal ini kita perlu bersuara.Bersemuka dengan dialog,berhujah dengan hikmah dan jelas,menerangkan dengan tegas tentang adab dan akhlak kita beragama adalah beberapa cara daripada berpuluh kaedah lain yang mungkin lebih berkesan dalam menangani masalah ini.

Bagaimana Islam menerima hak kebebasan bersuara?

Islam sememangnya agama yang meraikan dialog dan hujah,pertanyaan dan soal jawab.Dewasa kini,kita melihat satu gelombang dan aura anak-anak muda yang sudah berani bertanyakan dalil dan hujah apabila ada suatu permasalahan agama atau hukum yang kurang jelas apabila para ustaz atau ustazah menyampaikan kuliah mahupun ceramah.

Ini satu arus yang baik sebenarnya.Masyarakat tidak lagi hanya mengamalkan sikap 'taqlid' dalam beragama,sebaliknya mengutamakan hujah dan dalil dalam setiap hal agama.Hal ini akan mengelakkan mereka daripada beramal dengan perkara-perkara yang tidak terdapat dalil atau hujah dalam agama,dan mengenalpasti sumber dalil dan kesohihan dalil yang dikemukakan kepada mereka.Bersikap kritis dan analisis akan melahirkan orang-orang muda yang dalam pemikirannya serta dapat membuat penilaian yang lebih tepat dan hebat.

Adalah menjadi suatu kedangkalan dalam agama apabila ada sesetengah pihak,bahkan gerakan islam itu sendiri yang melarang pengikut-pengikutnya untuk bertanyakan sesuatu yang mereka kurang jelas mengenai tindakan dan perjalanan gerakan tersebut yang dipimpin oleh ketua atau pemimpin atasan.Mereka berasalankan bahawa pemimpin atasan lebih mengetahui apa yang mereka lakukan dan lebih berpandangan jauh dalam tindakan.Maka pengikut-pengikut bawahan disuruh hanya mengikut sahaja atau taqlid buta tanpa perlu mempersoalkan tindakan tersebut.Ini adalah suatu doktrin yang bahaya dalam gerakan islam masa kini.Anak muda hari ini inginkan satu wacana baharu yang memberi peluang dan ruang untuk mereka bersoal jawab dan mengemukakan pandangan dalam sesuatu hal.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW itu sendiri yang meraikan pelbagai pertanyaan daripada para sahabat dan masyarakat sekeliling,sehinggalah arab badwi yang duduk di penghujung kampung.Baginda juga meraikan dialog dan soal jawab dengan golongan bukan islam seperti musyrikin Quraish,rombongan nasrani/kristian yang datang ke masjid untuk berjumpa nabi,begitu juga kaum Yahudi yang banyak berdialog dengan nabi berkenaan agama.Banyak hadis dan sirah yang menceritakan tentang hal ini.

Begitu juga para sahabat seperti Saidina Abu Bakar dan Umar al-Khattab.Ketika Abu bakar dilantik menjadi khalifah,khutbah pertama yang diucapkan olehnya ialah:

"Wahai manusia,sesungguhnya aku telah dilantik (menjadi pemimpin kamu) dan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu.Jika aku berlaku adil,maka bantulah aku,dan jika aku tersilap laku,maka luruskan diriku.Kebenaran adalah amanah dan penipuan adalah pengkhianatan.Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku menunaikan amanah kepadanya.Orang yang kuat di kalangan kamu pula adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya.Dengan izin Allah,tidaklah sesuatu kaum itu meninggalkan jihad kecuali Allah akan memberikan kehinaan terhadap mereka,dan tidaklah berleluasa kemaksiatan pada sesuatu kaum kecuali Allah akan menimpakan bala ke atas mereka.Taatilah aku selagi mana aku taatkan Allah dan RasulNya,dan jika aku menderhakai Allah,maka tiada lagi ketaatan kepadaku." (al-Suyuthi,1997:1/27)

Begitu juga ketika Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah,beliau telah berkhutbah:

"Jika kamu nampak kebengkokan pada diriku,maka tegakkanlah ia." (al-Tabari,t.t:5/26.)


Lihatlah bagaimana Rasulullah dan para sahabat bersikap terbuka dalam menerima dan memberikan teguran,kritikan dan nasihat.Semua ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam meraikan hak bersuara oleh setiap individu dengan adab dan akhlak yang tertentu.Tidak kira rakyat atau pemimpin,tua atau muda,kaya atau miskin,keturunan atau warna kulit,semua bebas untuk mengemukakan pandangan dan pendapat dengan batasannya yang tertentu serta penuh akhlak.


Batasan syariat dalam bersuara

Kebebasan bersuara dan mengemukakan pandangan bukanlah boleh dieksploitasi secara semberono oleh manusia bagi melakukan sesuatu yang melangkaui batasan.Syariat telah menggariskan batas-batas tertentu dalam bersuara dan bercakap.Lisan kita amat perlu dijaga dan digunakan dengan betul agar tidak terbabas dalam mengatakan sesuatu yang batil atau menghina.Seringkali dalam keadaan tertentu,diam itu lebih baik daripada berkata sesuatu yang dibimbangi akan membawa dosa dan persengketaan.Hal ini bertepatan dengan apa yang Rasulullah ajarkan kepada kita.

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata yang baik-baik ataupun berdiam diri sahaja." (HR Bukhari)

Begitu juga dalam hal penjagaan lisan,Rasulullah SAW telah bersabda:

"Wahai Muadh,berapa ramai orang yang dihumbankan wajah mereka (masuk) ke dalam neraka kerana hasil usaha lidah mereka?" (HR Tirmizi)

Kebebasan bersuara tidak mengizinkan kita untuk mengumpat,menghina,mengutuk mahupun melakukan apa-apa jenayah lisan yang boleh menyerang peribadi seseorang.

Hal ini selaras dengan apa yang Allah firmankan dalam surah al-Hujuraat ayat 11-12:

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (11)

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." (12)

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : لاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَنَاجَشُوا وَلاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَلاَ يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُوْنُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً. الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَكْذِبُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ. التَّقْوَى هَهُنَا –وَيُشِيْرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ – بِحَسَبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata: Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: “Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini(seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (HR Muslim)
Sebenarnya banyak lagi dalil yang boleh dikemukakan mengenai perlunya kita bebas untuk bersuara dan mengemukakan pandangan.Begitu juga dalil-dalil yang menerangkan batasan-batasan syariat dalam kita bertutur kata dan bersuara,yang bersumberkan al-Quran,hadis dan amalan para sahabat.Sahabat-sahabat semua bolehlah membuat kajian dan pencarian sendiri tentang ini.Ini hanyalah nukilan ringkas dari saya,mudah-mudahan ia memberi sedikit pencerahan dan gambaran tentang isu semasa dan bagaimana reaksi dan tindakan kita sebagai seseorang yang bergelar muslim.
Akhir kata,maaf andai ada salah silap dalam penulisan ini.Silalah berikan teguran dan nasihat untuk memperbaiki lagi kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam perkongsian saya kali ini.Diharap amalan dan usaha kita ini dalam menyebarkan ilmu diterima Allah.
Wallahua'lam






Monday 8 July 2013

Ulangkaji Ramadhan


Setelah 11 bulan kita melalui bulan2 islam selepas ramadhan yang sebelum ini,pasti ada antara kita yang mungkin terlupa beberapa perkara penting tentang ramadhan,mungkin dari segi rukunnya,syaratnya,amalannya,bahkan mungkin definisi puasa itu sendiri di bulan ramadhan.Jadi,diharapkan post ini dapat memberi sedikit sebanyak ulangkaji dan manfaat kepada kita dalam menghadapi bulan ramadhan yang sangat hampir dengan kita sekarang ini.Pasti kita tidak sabar-sabar kan?! :D

Definisi

Puasa bermaksud menahan.Dalam istilah syarak ia bermaksud,'menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa (makan,minum dan seks) di siang hari bermula daripada terbit fajar sadik sehingga terbenam matahari'.

Kategori

Secara dasarnya terdapat dua jenis puasa,iaitu puasa fardhu dan puasa sunat.Puasa fardhu pula mempunyai tiga jenis,iaitu puasa ramadhan,puasa kafarah,dan puasa nazar.

Sejarah

Kewajipan berpuasa di musim Ramadhan bermula pada tahun ke-2 selepas hijrah Nabi.Ia berdasarkan surah al-Baqarah ayat 183:

"Wahai mereka yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa"

Taqwa

Sahabat Abdullah Ibn Mas'ud mengatakan bahawa taqwa yang sebenarnya ialah,'kamu taat tidak maksiat,kamu ingat tidak lupa,serta kamu syukur dan tidak kufur.

Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsir Al-Quran al-Azim,"Ketaqwaan dapat dicapai kerana puasa menyucikan diri dengan menyempitkan jalan syaitan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim bahawa Nabi bersabda:

"Wahai pemuda,barang siapa antara kamu sudah mampu untuk bernikah,maka hendaklah dia bernikah.Sesiapa yang belum mampu,maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu pengawal nafsu."

Syarat

Syarat sah puasa ialah:
1.Islam
2.Berakal atau Mumaiyiz (membezakan perkara yang bermanfaat atau sebaliknya),tidak sah puasa orang yang gila serta kanak2 yang belum mumaiyiz
3.Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti kedatangan haid atau nifas,pengsan atau gila sepanjang hari.

Mereka yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan tanpa keuzuran,mereka telah berdosa besar.Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa berbuka tanpa uzur di bulan Ramadhan,maka dia tidak mampu menggantikan kerugian hasil daripada puasa yang ditinggalkan itu,walaupun dia berpuasa selama-lamanya selepas itu."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Rukun

1.Niat untuk berpuasa.Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan.Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie,Abu Hanifah dan riwayat yang paling sahih daripada Imam Ahmad.Mengikut pendapat Imam Malik,cukup sekali sahaja niat untuk satu bulan Ramadhan dan hendaklah niat itu dilakukan pada malam pertama ramadhan.Dalam zain-Thalib (Kitab Imam Syafie),"Harus kita bertaqlid pada mazhab Maliki dalam perkara ini."

Justeru,amalkan niat seperti biasa di malam2 pada bulan ramadhan,dan amalkan niat pada malam pertama Ramadhan untuk berpuasa satu bulan ramadhan seperti yang dikatakan Imam Malik.Andai kita terlupa niat pada malam2 berikutnya,insyallah ia tidak menjadi masalah kerana kita telah pun berniat pada malam pertama ramadhan untuk berpuasa sebulan,kerana sudah dimaklumi bahawa berpuasa di bulan ramadhan bukan sekadar 4,5 atau 10 hari,tetapi pakejnya sebulan.

2.Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari bermula terbit fajar sehingga tenggelam matahari.Antara perkara yang wajib dijauhi ialah yang berkaitan dengan pengambilan makanan dan minuman,serta memuaskan nafsu seks.

Tambahan daripada itu,perbuatan-perbuatan keji seperti maki hamun,mengumpat,menfitnah,dan apa yang seumpamanya hendaklah dijauhi.Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan keji tatkala berpuasa,maka Allah tidak berhajat dia meninggalkan makanan dan minumannya."  (Hadis riwayat Bukhari)

Berhubung dengan ini,Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin berkata,"Puasa mempunyai tiga tingkat:
1.Puasa umum
-merupakan peringkat yang terendah,iaitu puasa yang hanya menekankan kepentingan menjauhi perbuatan-perbuatan zahir yang boleh membatalkan puasa.

2.Puasa khusus
-merupakan tingkat yang kedua,iaitu puasa yang tidak hanya meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa,tetapi menjauhkan diri daripada perkataan,pendengaran,penglihatan serta tindak-tanduk yang boleh mencacat pahala puasa.

3.Puasa golongan khusus daripada yang khusus
-Puasa ini dikenali juga dengan puasa hati kerana mereka yang berada di makam ini,banyak berzikir kepada Allah serta sentiasa mengawal hati mereka daripada dicerobohi cita-cita dan kehendak duniawi yang memperdayakan.

Sunat

Beberapa amalan sunat yang wajar untuk tidak dipinggirkan:

1.Memperbanyakkan doa.Nabi SAW bersabda:

"Tiga yang tidak ditolak doa mereka,iaitu orang yang berpuasa sehingga berbuka,pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Diriwayatkan oleh Tirmizi,Ibn Majah,Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah.

Dalam hadis yang lain,Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa waktu berbukanya adalah waktu doa yang tidak ditolak"
(Diriwayatkan oleh Ibn Majah,bertaraf sahih)

2.Memperbanyakkan tilawah al-Quran,Abdullah ibn Abbas meriwayatkan,"Jibril menemui Nabi setiap malam di musim Ramadhan untuk bertadarus al-Quran.Ketika ditemui Jibril,Baginda lebih cepat mengerjakan kebaikan,lebih cepat daripada angin yang berhembus."

3.Memperbanyakkan sedekah.Anas bin Malik meriwayatkan,Nabi ditanya:

"Sedekah manakah yang lebih utama?" Baginda menjawab,"Sedekah di bulan Ramadhan."
(Hadis riwayat Tirmidzi)

4.Menunaikan solat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita.Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah,maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Hadis riwayat Bukhari)

Aishah berkata,"Rasulullah SAW tidak pernah menunaikan solat sama ada di bulan Ramadhan atau bulan lainnya melebihi dari 11 rakaat" (Riwayat Bukhari dan Muslim) (dalil 8 rakaat terawih)

Berapakah jumlah rakaat terawih? Menurut Imam Malik,amalan di Madinah ialah bersolat terawih 36 rakaat bersama 3 rakaat witir.Amalan di Mekah ialah 20 rakaat dan witir 3 rakaat (Fath al-Bari,4/235).Menurut mazhab Syafie,20 rakaat dengan 10 kali salam (al-Majmu' 4:32)

Hukum
Disertakan hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap dipersoalkan oleh orang ramai di musim puasa ini.

1.BEKAM

-Hadis pembatalan puasa dengan berbekam adalah berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibn Majah.Namun,Imam Nawawi mengatakan hukum yang terdapat dalam hadis ini telah batal (nasakh) berdasarkan hadis Bukhari daripada Ibn Abbas yang mengatakan Nabi berbekam ketika berpuasa.Hal ini disebabkan habis Ibn Abbas disabdakan Nabi pada waktu Haji Widak sekali gus terkemudian daripada hadis yang mengatakan batal puasa kerana berbekam.

2.MASUKKAN ALAT DALAM RONGGA UNTUK PEMERIKSAAN KESIHATAN



-Syeikh 'Atiyyah Saqr,mantan pengerusi Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar mengatakan puasa pesakit tidak batal kerana ia bukan sesuatu yang mengenyangkan (www.islamonline.net).Pendapat yang sama diutarakan oleh Dr Md Uqlah dalam Ahkan as-Siyam.Namun,andai kata seseorang wanita atau lelaki memasukkan sesuatu ke dalam dubur atau kemaluannya dengan tujuan merangsang nafsu syahwat,perbuatan itu membatalkan puasanya.

3.MENGGUNAKAN PIL ELAK HAID


-Mengikut mantan pengerusi Majlis Syariah UK,Syeikh Syed Mutawalli ad-Darsh,kebanyakan ulama' berpendapat ia adalah diharuskan jika bertujuan untuk berpuasa dan melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan.Dalam Fatawa Muasirat,Dr.Yusuf Qardhawi mengatakan,"Secara peribadi,saya lebih suka jika persoalan ini dikembalikan kepada fitrah (tanpa penggunaan ubat).Namun,jika terdapat ubat yang boleh digunakan oleh wanita untuk menangguhkan kedatangan haidnya,itu boleh dilakukan,dengan syarat hendaklah mereka yakin bahawa ubat yang diambil tidak memudharatkan kesihatan atau membahayakan.

4.HUKUM PENGAMBILAN DARAH


-Dalam Fiqhus Sunnah oleh Syed Sabiq,pengambilan darah di musim Ramadhan adalah diharuskan,dikiaskan dengan keharusan berbekam.Mengikut Syeikh Abdul Aziz Ibn Baz,pengambilan darah untuk pemeriksaan kesihatan adalah diharuskan dan tidak membatalkan puasa.(Fatawa Ramadhan,jil.2,hal.465,Fatwa No.400)

5.MENERIMA SUNTIKAN SERTA MEMASUKKAN UBAT KE DALAM RONGGA.



-Dalam Fiqhus Sunnah oleh Syed Sabiq,menerima suntikan adalah diharuskan pada bulan Ramadhan tidak kira sama ada melalui otot (intra-muscular),pembuluh darah (intra-venous),kulit (subcutaneous) dan yang seumpamanya disebabkan jalan kemasukan ubat itu tidak melalui jalan biasa,iaitu melalui mulut.Dalam Fatawa Muasirat,Dr Yusuf Qardhawi mengatakan,"Sudah jelas bagi kita bahawa suntikan dengan pelbagai cara serta penggunaan ubat sisip (suppository),semuanya bukan makan dan minum.Maksud ketetapan syariat mengenai puasa amat jelas,iaitu tidak makan,tidak minum dan meninggalkan nafsu syahwat.Justeru,tidak perlu menyusahkan pengertian puasa dengan menokok tambah perkara-perkara yang Allah sendiri tidak nyatakan.Namun,Syeikh Ibn Jibreen memberi amaran,jika suntikan itu mengandungi bahan-bahan makanan yang menyegarkan pesakit (nutritional),maka puasanya dihukum batal (Fatawa Ramadhan,jil.2,hal.485,Fatwa No.433)

6.PENGGUNAAN ALAT SEDUT GAS UNTUK ASMA


-Terdapat perbezaan pendapat yang ketara di kalangan ulama' berkaitan persoalan ini.Dr.Muzammil Siddiqi,mantan presiden ISNA serta ahli jawatankuasa Majlis Fikah Amerika Utara,berpendapat ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukan minuman atau makanan yang ditelan,sebaliknya hanya merupakan wap.Pendapat ini selari dengan pendapat Syeikh Abdul Aziz Ibn Baz yang mengatakan penggunaan ubat sedut adalah diharuskan di saat keperluan.Fatwa-fatwa ini dilaporkan di www.islamonline.net.

p/s:harus diingatkan bahawa dalam soal hukum-hukum di atas,pasti terdapat perbezaan pendapat dan khilaf antara ulama',terutama di Malaysia.Namun,pendapat-pendapat yang diutarakan dan dalil yang dibentangkan di atas,semuanya adalah benar,dan bertujuan untuk membolehkan kita untuk berpuasa dengan sempurna dan agar tidak menghadapi sebarang masalah,Insyallah :)

wallahu a'lam



Monday 1 July 2013

Oh,mahalnya sebuah syurga,mampukah aku?

Apabila kita bertanya kepada manusia mahukah kamu untuk ke syurga,pasti dan pasti kesemuanya akan menjawab ya dengan keinginan yang sangat tinggi dan reaksi yang sangat mengujakan.Ya,dari situ kita datang,pasti ke situ juga kita ingin kembali.Namun,tidak semua manusia mampu meraih syurga seenak kata berbicara,bahkan penulis sendiri merasakan diri ini sangat jauh dari syurgaNya kerana beratnya dosa dan kurangnya amal. Allahu :(

Apakah nilai syurga itu terlalu mahal? Mengapa ia mahal? Kerana nikmat-nikmat di dalam syurga teramat membahagiakan dan memuaskan ahli2 nya,sehingga mereka lupa akan kesengsaraan yang pernah mereka lalui sewaktu di dunia,biarpun hanya sekadar melihat syurga dari jauh.Nikmat di syurga juga tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengari oleh telinga kita,tidak pernah dirasai oleh semua pancaindera.Ia sesuatu yang tidak boleh dibayangkan kerana syurga itu terlalu indah dan hebat untuk dibayangkan,selagi kita mampu bayang,maka syurga lebih hebat dari apa yang dibayangkan itu......dan begitu juga neraka.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : قال الله تعالى: أعددت لعبادي الصالحين، ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر . فاقرؤوا إن شئتم : فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة أعين

Rasulullah saw bersabda bahwa Allah swt berfirman : Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang shaleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh Mata, didengar oleh Telinga dan belum pernah terlintas dalam Benak manusia. Oleh karena itu bacalah kalau kamu ayat: 'Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.' (As-Sajdah: 17). (Hr Bukhari no. 3072)

begitulah indahnya syurga :)






namun,sedarkah kita syurga itu sangat mahal?
ikuti kisah Ibrahim bin Adham ini....




Suatu hari,Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil,lalu beliau pun pergi ke tandas awam.Apabila dia ingin masuk ke dalam,si penjaga tandas menegurnya,"Wahai orang tua,bayarlah dulu sebelum masuk."
Mendengarkan sapaan lelaki itu,air mata Ibrahim Adham pun bercucuran.Lelaki tadi terkejut lalu berkata,"Wahai orang tua,andai kata kamu tiada wang untuk dibayar,masuklah secara percuma,janganlah menangis kerana ini."
Ibrahim bin Adham menjawab,"wahai pemuda,aku bukan menangis kerana aku tiada duit,tetapi aku terfikir,jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki,bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapa pula bayaran yang harus aku bayar? 

Justeru,dapat kita ambil iktibar bahawa syurga itu bukan lah semudah dan semurah yang disangka.Bukan mudah-mudah sahaja kita bergoyang kaki atau bersenang lenang di dunia,kita mendapat syurga.Tidak.
Perjuangan untuk meraih syurga telah bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi.Lihat bagaimana perjuangan baginda dan para sahabat dalam menegakkan islam dan dalam mengejar syurga Allah.Sehingga bercerai jasad dan nyawa,sehingga ke titisan darah,sehingga terburai badan,sehingga terputus kepala,masyallah! Hebatnya mereka,jauh sekali berbanding kita.Begitulah harga sebuah syurga yang kekal abadi.Syahid menjadi cita2 mereka.Mengapa sehingga begitu sekali? Jom renung kalam Allah :)


"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepada kamu (ujian dan cobaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit,serta digoncangkan (oleh ancaman musuh),sehingga berkatalah Rasul dan orang2 beriman,"Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Seterusnya,saya bawakan hadis,dari Khabbab bin al-Aratt,ia menceritakan:
"Kami bertanya,'Ya Rasulullah,mengapa engkau tidak memohon pertolongan untuk kami,dan mengapa engkau tidak mendoakan kami? Maka baginda bersabda:

"Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian,di antara mereka ada yang digergaji dari tengah-tengah kepalanya hingga terbelah sampai dua kakinya,namun hal itu tidak memalingkannya dari agama yang dipeluknya.Ada pula yang tubuhnya di sisir dengan sisir besi hingga terpisah antara daging dan tulangnya,namun hal itu tidak menjadikannya berpaling dari agamanya."

Kemudian beliau bersabda:

"Demi Allah,Allah benar2 akan menyempurnakan perkara (agama) ini hingga seorang yang berkenderaan dari Sanaa' menuju Hadramaut tidak merasa takut kecuali pada Allah,dan hanya mengkhawatirkan serigala dan kambingnya.Akan tetapi kalian adalah kaum yang tergesa-gesa."
(Fat-hul Baari (VI/716) [Al-Bukhari(no.3612)]

Subhanallah! lihatlah ayat Al Quran dan Hadis ini,betapa dahsyatnya ujian yang mereka hadapi,cubaan yang ditimpakan kepada mereka,pengorbanan dan perjuangan mereka dalam meraih syurga.Sumayyah disula,Bilal diheret di tengah padang pasir yang panas hingga masak dagingnya,dihempap batu,Keluarga Yasir dibunuh,Zubair Al-Awam dipukul berkali2 hingga dadanya terkena penyakit,Rasulullah mengizinkan beliau memakai sutera,Shuhaib bin Sinan Ar Rumi disiksa hingga hilang ingatan,Khabbab bin al-Aratt dijambak rambutnya,lehernya ditarik dengan kasar,dan dilemparkannya ke dalam api,lalu tubuhnya ditarik keluar dari api sehingga nampak minyak keluar di celah2 kulit punggungnya yang rentung terbakar.
Biarpun begitu,Rasulullah mengatakan mereka masih tergesa2.Masyallah,hebatnya ujian yang ditimpakan atas mereka.Mahalnya sebuah syurga.

Justeru,tiada alasan untuk kita merintih dan merungut terlalu awal apabila sesekali diuji.Kenanglah kembali perjuangan Rasulullah dan para sahabat yang diuji dengan dahsyat sekali.Berbanding dengan kita,apalah sangat,bahkan jauh sekali untuk dibandingkan dengan kita yang lemah dan hina ini.Allah....

Muhasabah diri yang lemah ini.Sungguh,jauh lagi aku dari syurga.Perjuangan masih panjang....
Ayuh pemuda!


Tuesday 25 June 2013

Aku telah jauh dari mu ya Rabb,apakah Engkau mahu menerima taubatku?



Kita sebagai manusia sememangnya tidak sepi dari melakukan dosa,mudah terlupa dan sering lalai daripada mengingati tuhan.Tiada manusia yang sempurna yang terlepas daripada melakukan dosa setiap hari.Namun,berbeza orang fasik yang melakukan dosa,dan orang yang beriman yang terlanjur melakukan dosa.Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap,manakala ahli maksiat melihat dosanya itu umpama lalat yang menghinggap." (Riwayat Bukhari)

Justeru,semuanya bergantung pada iman masing-masing dan hati.Namun,buat kita para pendosa,apabila mula merasa insaf dan ingin bertaubat,janganlah putus harapan dengan menyangka bahawa aku ini tiada peluang untuk perbaiki diri dan bertaubat.Anda Silap.Sebenarnya Allah itu sangat luas rahmatnya dan amat luas pintu taubatNya yang terbuka buat hamba-hambaNya untuk kembali ke pangkal jalan.Allah sering ternanti-nanti kita hambaNya untuk kembali dan mula mengabdikan diri kepada Nya.
Seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 133-136

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhan mu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"  (133)

"iaitu orang yang berinfaq ,baik di waktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain.Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (134)

"Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,,(segera) mengingat Allah,lalu memohon ampunan atas dosanya,dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu,sedang mereka mengetahui." (135)

"Balasan bagi mereka ialah ampunan dari tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalam nya.Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang bertaqwa."  (136)

Subhanallah,luasnya pengampunan Allah buat hambaNya yang berdosa.Allah menyuruh kita untuk kita menyegerakan taubat kita,supaya Dia memberi kita pengampunan dan syurga Nya seluas langit dan bumi.Masyallah,itu lah sebaik2 pahala bagi orang yang bertaqwa :)

Maka,apa kita tunggu lagi? Jom segera mencari keampunan Allah.Usah merasa Allah itu jauh dek kerana dosa kita yang menggunung tinggi,kerana Allah itu sangat dekat dan menanti kita dengan penuh terbuka dengan rahmatNya yang sangat besar dan cukup luas.Allah itu dekat sepertimana firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Ku,maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah Ku) dan hendak lah mereka beriman kepada Ku,agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)."

Juga suka saya hadirkan di sini sebuah hadis qudsi yang menceritakan bagaimana Allah itu menurut sangkaan hambaNya.Jika kita bersangka baik dengan Allah,maka begitulah Allah.Dan begitu juga sebaliknya.Allah juga ternanti-nanti untuk kita kembali pada Nya.

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah swt berfirman:

"Aku adalah seperti sangkaan hamba Ku terhadap Ku.Dan Aku bersamanya tatkala dia mengingati Ku.Sekiranya dia mengingati Ku dalam dirinya,maka Aku akan mengingatinya dalam diri Ku.Sekiranya dia mengingati Ku di khalayak ramai,maka Aku akan mengingatinya di hadapan khalayak ramai yang lebih mulia (para malaikat dan nabi-nabi).Jika hamba Ku mendekati Ku sejengkal,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika hambaKu mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan,Aku akan mendekatinya dalam keadaan berlari (cepat)."  (Hadis Qudsi riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis no.59 dalam kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

sweetkan Allah? jom kembali padaNya! ^_^




Sunday 23 June 2013

Ayat Al Quran Dari Teropong Sains:Abu Jahal dan Otak


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang telah memberi ilmu baru buat diri ini yang kerdil.Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menambahkan iman kita kepada Pencipta yang Maha Agung :)

Ayat Al Quran yang ingin saya fokuskan di sini,yang boleh ditafsir secara dirayah,iaitu melalui pengkajian alam dan dari kacamata sains ialah ayat 15-16.Sebelum itu,perlu kita faham apakah kisah yang berlaku pada ayat-ayat sebelumnya.Bermula ayat 9-14 Surah Al-'Alaq:

Tafsirannya:

Yang dimaksudkan oleh Allah yang melarang itu ialah Abu Jahal yang melarang Rasulullah SAW daripada bersolat di hadapan kaa'bah.Menurut sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang dirawikan oleh Bukhari dan Muslim,setelah Abu jahal mendengar dari kawan-kawannya Muhammad telah bersolat di Ka'bah,dia sangat murka,sampai dia berkata: "Kalau aku lihat Muhammad itu solat lagi di Ka'bah,akan aku injak-injak lehernya!" Apabila ancaman Abu Jahal itu disampaikan orang kepada Rasulullah SAW,baginda berkata: "Kalau dia berani,malaikatlah yang akan menyiksanya."
Dan benar,ada riwayat lain yang mengatakan,seketika Abu Jahal mendekati Rasulullah ketika baginda bersolat untuk memijak lehernya,beliau melihat parit-parit besar yang diisi api yang sangat panas menghalang dia untuk terus mendekati Rasulullah,dan juga dia melihat malaikat bersayap yang sangat besar dengan wajah yang mengerikan.Abu Jahal terus berundur ke belakang sambil menutup wajahnya dengan kedua tangannya akibat ketakutan.
Begitulah kisah tentang ayat ini.

Kemudian,kita fokus ke ayat 15-16 surah Al-'Alaq:

"Bahkan sungguh! Jika dia tidak berhenti (berbuat demikian),nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka).(Iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka."

Ayat ke 16 membuatkan para penafsir dan ulama' terfikir seketika,mengapa ubun-ubun yang Allah sebutkan yang mendustakan dan derhaka? Mengapa tidak Allah sebut sahaja diri Abu Jahal itu sendiri,atau kelakuan beliau,hati beliau,percakapan beliau? Mengapa ubun-ubun? atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil forehead? Iaitu bahagian atas dahi,bahagian hadapan kepala.

Ayat ini menarik perhatian kita untuk kita mengkaji dari teropong sains dan penyelidikan yang kritikal.Dalam otak kita,bahagian yang paling menonjol dari otak depan dan merangkumi keseluruhan otak adalah cerebral cortex.Cerebral cortex terbahagi kepada empat bahagian.


Bahagian yang saya ingin fokus kan disini ialah Frontal Lobe, iaitu bahagian hadapan otak,yang merangkumi ubun-ubun seperti yang Allah sebutkan dalam ayat 15-16 Surah Al-'Alaq seperti yang disebutkan di atas.
Dan dalam Frontal Lobe,ada tiga bahagian lain iaitu Prefrontal cortex,premotor area,dan motor area.
Saya ingin fokuskan pada Prefrontal Cortex.


Seperti yang anda dapat lihat,prefrontal cortex terletak betul2 bahagian hadapan kepala,iaitu di bahagian ubun-ubun atau forehead.
Fungsi Prefrontal Cortex ini ialah tempat mempamerkan personaliti,tempat kita membuat keputusan dan tempat kita menentukan baik dan buruk.
Terdapat kes di mana seseorang yang menghadapi kemalangan,bahagian hadapan kepalanya mengalami kerosakan,dan bahagian prefrontal cortex nya rosak.Maka,orang itu tidak dapat membuat keputusan dalam apa jua perkara.Maka saintis bersepakat mengatakan bahawa bahagian ini adalah penting dalam membuat keputusan dan dalam menentukan baik dan buruk.

Subhanallah!

Apabila melihat balik ayat 15-16 Surah Al-'Alaq,memang amat relevan lah penemuan ini dengan ayat Allah yang mengatakan: "Iaitu ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka,"  kerana disitulah bahagian otak yang menentukan baik dan buruk,membuat keputusan dan mengawal kelakuan sosial manusia.
Maka,Abu Jahal memilih yang buruk,memilih untuk berdusta dan derhaka,maka selayaknya Allah menarik ubun-ubunnya ke dalam neraka.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini,menambahkan keimanan kita,dan menambahkan semangat kita untuk mengkaji kebesaran Allah yang amat menakjubkan yang masih banyak belum kita temui dan misteri.Apabila kita bertemu dengan penemuan-penemuan seperti ini,maka bertambah lah iman kita,bertambah lah rasa rendah hati betapa hebatnya Sang Pencipta yang mencipta makhluk dengan sempurna dan tiada cacat cela,dan mencipta alam ini dengan sempurna dan ukuran yang tepat.

"Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"  (At-Tin:4)

Benarlah Allah Maha Agung.