Friday, 21 June 2013

Piawaian Allah dan Formula Hidup

Apakah itu piawaian? Piawaian ialah penilaian atau sesuatu tahap yang perlu dicapai.Seperti tajuk yang tertera,piawaian Allah sangat lah berbeza dengan piawaian yang ditetapkan oleh manusia.
Apakah piawaian manusia?
Manusia biasa selalunya menilai kepada harta manusia,kaya atau miskin kah seseorang itu yang meletakkan seseorang itu sama ada mulia atau pun hina.Itu pandangan kebanyakan manusia.
Manusia biasa sering melihat kepada jawatan seseorang itu dalam menilai kehebatan individu tersebut,apakah dia seorang boss besar dalam sesebuah syarikat?Apakah dia seorang presiden sesebuah persatuan atau kelab?Apakah dia pengerusi tertinggi bagi sesebuah program? Itu juga penilaian manusia biasa.
Manusia juga suka melihat kepada rupa paras dan fizikal dalam menilai individu.Cantikkah wanita itu? Kacakkah si jejaka itu? Hidung mancung,hidung penyek,rendah,tinggi,tegap,kurus,gemuk,itu yang menjadi ukuran kebanyakan manusia pada hari ini.
Jikalau begitulah piawaian Allah,maka sudah pasti ramai dari kalangan kita yang gagal dan kandas dalam mencapai tahap yang sepatutnya.
Namun,piawaian Allah sangat berbeza dalam menentukan kemuliaan seorang hambaNya,jauh berbeza dengan penilaian kemuliaan kebanyakan manusia.Apakah piawaiannya?

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat:13)



maka,dapat kita rumuskan disini bahawa piawaian Allah adalah berdasarkan TAQWA.
ketaqwaan seseorang itu lah yang menentukan kemuliaan seseorang itu disisi Allah.
Bukan harta,pangkat,wajah,keturunan,bangsa ataupun lain-lain.

Kemudian,terdetik satu pertanyaan,apakah itu TAQWA?
terdapat banyak definisi yang boleh kita ambil.Taqwa secara mudahnya boleh kita rungkaikan sebagai takut kepada Allah dan mentaati perintahNya serta meninggalkan laranganNya.
Namun,saya suka mengambil tafsiran taqwa dari pandangan sahabat Abdullah ibn Mas'ud,beliau berkata taqwa itu adalah:
"Engkau ingat jangan lupa,engkau taat jangan maksiat,dan engkau syukur jangan kufur."

cantik sekali tafsiran sahabat Abdullah ibn Mas'ud.Sekaligus menyatakan kepada kita,bahawa kita perlu ingat,taat,dan syukur kepada Allah.Dengan begitu,kita mampu mencapai status taqwa dan menepati piawaian Allah.

Seterusnya,saya ingin bertanya kepada pembaca,apakah formula hidup anda dalam kehidupan? Berusaha untuk berjaya dalam peperiksaan? Bekerja bersungguh2 untuk kaya dan menyara keluarga? Sentiasa berpandangan jauh dan selalu membuat perancangan?
Ya,banyak formula yang dapat kita rungkaikan berdasarkan pengalaman dan pengajaran yang kita lalui dalam kehidupan.Semua itu telah mengajar kita bagaimana untuk meneruskan kehidupan dan bersedia menghadapi liku-liku kehidupan.

Namun,

Tahukah anda formula agung yang telah diajar oleh Allah 1400 tahun dahulu,juga dalam kitab yang agung,iaitu Al-Quran.
Sebelum saya membedah ayat tersebut,ingin saya ajak para pembaca sekalian untuk melihat dunia ini yang semakin hari semakin tenat.Terlampau banyak masalah yang kita hadapi setiap hari,tidak kira masalah diri,masalah keluarga,masalah masyarakat,masalah negara,dan yang lebih besar,masalah ummah itu sendiri.

Di Malaysia sendiri,gejala merokok tidak habis-habis,seks bebas berleluasa,dengan budaya pelacuran,kes zina meningkat dari hari ke hari,gejala najis dadah semakin merebak terutama di kalangan anak-anak muda remaja,kes buang bayi tidak habis-habis menghantui kita,kes rasuah yang dilihat semakin meningkat,tidak kira orang atas mahupun orang bawah.Masalah dilihat bertimpa-timpa ke atas kita,umpama hujan yang turun membasahi bumi.Sudah jatuh ditimpa tangga.
Maka,bagaimana kita mahu mengharungi kehidupan ini dengan masalah yang bertimpa-timpa dan dilihat seperti tiada penyelesaiannya?
Kembali kepada Al-Quran,Allah berfirman dalam surah At-Talaq ayat 2-3:


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka,dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Tafsirannya:

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim,dari Abdullah bin Mas'ud,ia berkata:
"Sesungguhnya ayat yang paling menyeluruh dalam Al-Quran ialah 'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan' (An-Nahl:90) dan sesungguhnya ayat yang paling besar membuahkan kelegaan adalah ayat,'Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."

jadi,dapat dilihat betapa agungnya ayat ini apabila dibaca dan dihayati oleh para sahabat.Sangat besar kelegaan dan senang hati apabila ada jaminan daripada Allah sebesar ini dari ayat tersebut.

mengulas tentang ayat "Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya",Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,dari Abdullah bin Abbas r.a,bahawa suatu hari dirinya dibonceng Rasulullah S.A.W,maka beliau bersabda kepadanya,yang bermaksud:

"Wahai anak muda,saya akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat.Jagalah Allah,niscaya Dia akan menjagamu.Jagalah Allah,niscaya engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu.Apabila kamu meminta sesuatu,maka mintalah pada Allah,dan apabila kamu memerlukan pertolonngan,maka mintalah pertolongan pada Allah.Ketahuilah,kalau sekiranya mereka (manusia) bersatu ingin memberikan suatu manfaat kepadamu,maka mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu,kecuali jika Allah telah menentukan nya untuk mu.Dan jika mereka bersatu untuk mencelakaimu,maka mereka tidak akan mampu mencelakaimu,kecuali jika telah Allah takdirkan atasmu.Pena telah diangkat dan catatan telah mengering."
Diriwayatkan juga oleh Imam at-Tirmidzi dan dia berkata,"Ini adalah hadis hasan sohih."

Jadi,bertaqwa lah pada Allah,letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah,dan insyallah,semuanya pasti baik.Kerana seorang mukmin itu,apabila ditimpa suatu bencana atau kesusahan,jika dia bersabar,maka itu baik baginya,dan jika dia diberikan nikmat dan kesenangan,dan dia bersyukur,maka itu baik baginya.

Semoga bermanfaat :)





No comments:

Post a Comment