Wednesday, 19 June 2013

JAHILIYYAH,apakah definisinya yang sebenar?

Apakah itu JAHILIYYAH? bahan buangan? toksik? athrax? bahan kimia yang bersifat biohazard yang sangat berbahaya untuk benda hidup tidak kira manusia mahupun haiwan?

Tidak.
namun,ia mampu menjadi toksik,bahan yang berbahaya seperti yang disebut di atas apabila ianya merebak di dalam seketul daging dalam tubuh manusia,yang bernama hati.Maka,apakah itu JAHILIYYAH?

Saya pasti,dan sedia maklum,bahawa ramai antara kita merungkai maksud JAHILIYYAH itu dengan definisi yang diwar-warkan oleh para orientalis barat.Apa kata mereka?
"Jahiliyyah ialah masyarakat arab yang hidup di sekitar Makkah pada zaman arab dahulu sebelum nabi diutuskan pada mereka,yang menyembah berhala,tidak terdidik dengan ilmu-ilmu,bodoh,jahil,hidup dalam keadaan huru hara,berpuak-puak,tidak menghormati wanita,suka minum arak dan suka berperang."

Saya tidak mengatakan bahawa definisi itu salah,namun tidak pula saya hanya menumpukan skop definisi JAHILIYYAH hanya sekadar itu.Sedar tidak sedar,JAHILIYYAH itu sendiri telah menular dalam masyarakat kita di zaman moden ini,dan telah merosakkan akhlak dan sahsiah anak muda remaja kita dengan teruknya,umpama bahan radioaktif atau virus yang pantang bertemu dengan sel hidup,terus dijangkitinya untuk dijadikan perumah (host).

Mari kita lihat apa definisi Allah tentang JAHILIYYAH,tentunya merujuk kepada Al-Quran:

"...kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu,Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram,iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas),sedang segolongan yang lain hanya mementingkan diri sendiri,menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar,seperti sangkaan orang-orang jahiliyyah..." (Ali Imran:154)
Allah bercakap soal sangkaan jahiliyah.


 "Ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah ...." (Al-Fath:26)
Allah bercakap tentang sombong dan angkuh Jahiliyyah


"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki? (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang yang meyakini (agamanya)?" (Al-Maidah:50)
Allah bercakap soal orang yang inginkan hukum jahiliyaah.


"Dan hendaklah kamu tetap di rumah mu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliyyah dahulu" (Al-Ahzab:33)
Allah bercakap soal tabarruj jahiliyyah.

inilah antara ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan tentang JAHILIYYAH.
Jadi,bagaimana? Samakah definisi JAHILIYYAH anda dengan definisi Allah seperti yang diungkapkan di dalam Al-Quran? Atau masih seperti definisi lama yang disebarkan oleh orientalis barat yang niat semata-mata hendak memburukkan nama Islam dengan hanya merujuk kepada masyarat arab?
Justeru,jelas kepada kita bahawa JAHILIYYAH itu tidak mengenal masa,tidak mengenal tempat,dan tidak mengenal sesiapa.
Di mana sahaja boleh berlaku JAHILIYYAH
Pada bila-bila masa saja boleh berlaku JAHILIYYAH
Siapa sahaja boleh terjebak dengan perkara JAHILIYYAH




Semoga dengan penjelasan ilmu yang diilhamkan dari Allah ini membuka minda kita untuk lebih berfikir dan merujuk kepada kompas yang dikurniakan oleh Allah,iaitu Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam kita memahami sesuatu perkara dan isu,serta Hadis-hadis yang benar dari Rasulullah S.A.W.
Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment